Project#75 Carrot Cake

Bahan-bahannya:
4bj Telur
1 1/4cwn Minyak Jagung
1cwn Gula Halus
1/2sk Garam Halus
2sk Esen Vanila
2cwn Tepung Kek
*atau 2cwn Tepung Gandum +2sk Baking Powder+2sk Soda Bikarbonat (ayak semua bahan)
1sk Serbuk Kayu Manis
1cwn Walnut/Badam –dicincang
3cwn Carrot/Lobak Merah-Parut
Kismis

Caranya:
Masukkan telur, minyak, gula, garam dan esen vanilla kedalam mangkuk dan kacau dengan whisk sehingga semuanya sebati. Tak perlu sampai kembang. Masukkan tepung dan serbuk kayu manis dan parutan lobak merah. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan walnut/badam dan kismis.Gaul rata. Panaskan oven pada suhu 160*c. Sapu minyak atau butter pada bekas pembakar dan masukkan adunan. Bakar selama 40-45minit @ sehingga masak. Jangan masak terlalu lama kerana carrot akan menjadi kering. Sebaik masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk seketika sebelum dipotong…


Untuk Cream Cheese Frosting:-
100g Butter
125g Cream Cheese
1sk Esen Vanila
1 1/2sb Gula Ising

Caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam bekas pengadun dan pukul hingga kembang, ringan dan gebu. Kemudian bolehlah disapu pada permukaankek. Pastikan kek sejuk dahulu. Jika tidak frosting akan cair.

…Selamat Mencuba…

Comments

Popular Posts